07 August 2012

Cuti Semester II: Episod 1#

Assalamualaikum n selamat sejahtera n salam ramadhan n selamat bercuti (kpd kebanyakan student IPTA)..

11 Jun 2012
merupakan hari utk exam paper intro aku untuk semester 2 11/12..paper last! and menandakan tamatlah segala peperiksaan sem tersebut….which means, that’s it! that’s what I've done for these whole semester…baik atau buruk keputusan aku serahkan bulat kepada Allah and of course, aku redha dengan apa yang bakal terjadi..

16 Jun 2012
Pertama kali aku berpeluang main Paintball! At first, rasa sangat exited..hehe..tapi bila dah nak lawan tu tiba-tiba neves gegila plak..hehe..dalam tournament tu, all girls dalam satu team (team aku le tu)..team-team yang lain semuanya lelaki-lelaki atas umur 20tahun…haha…and dengan tak disangka-sangka team kitorang yang paling banyak mencederakan lawan tanpa mendapat cedera teruk..gahahaha..*gelak jahat* Yeah, memang kami tak menang tapi yang penting kami kalah bermaruah..=)

012

21-23 Jun 2012
Aku dengan rela hati menyertai kursus kawad kaki SISPA bertempat di ALPHA Bangi. Latihan yang aku lalui memang perit jugak..tapi aku bersyukur sebab aku dapat belajar ‘ilmu’ yang kita takkan dapat dengan belajar dikuliah…KERJASAMA BERPASUKAN dan DISIPLIN. Sejak kecil aku benci kawad kaki *I admit it..tapi suprisingly, i started to fall in love with it. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta *wekk..cliche +_+V.. Dengan kawad kita belajar untuk percaya diri sendiri..dan rakan sepasukan kita..dalam kawad, sebelum kita nak buat salah..kita akan fikir dulu apa kesan perbuatan kita pada orang lain..n rasa perlu bertanggungjawab akan lahir tanpa kita sedar..*sebab bila sorang buat salah, ramai-ramai kena denda =P.

041
045

2 Julai 2012
Bermulanya latihan pusat untuk Karnival MASUM 2012. Aku masuk acara pingpong.. So, start je latihan..pagi petang siang malam aku menghadap bola, bet, meja and net pingpong..haha..best la..sebab aku sangat suka pingpong.. Aku belajar banyak teknik and tricks baru..importantly, aku belajar main guna bet ‘pimple’.. Tak taw apa tu bet pimple? This is it! *Fairuz tu nama coach kami yer..=)

IMG_4853

Cun kan bet ni?? Hehe…First time guna memang agak macam nak nangis..stress and sedih..sebab semua skill yang aku biasa buat terus kelaut bila aku pukul guna bet ni..tapi bila dah belajar………
"Ooooo…macam tu..simple je rupanya.."…hoho..tapi tak de la simple sangat jugak..kena practice banyak3…baru boleh main dengan proper..dan aku rasa, tempoh 10 hari yang aku ada tu memang sangat tak cukup..fizikal dan mental aku belum boleh sesuaikan diri lagi dengan ‘si pimple ni’.

14-15 Julai 2012
Hari pertandingan. First aku lawan UUM..and the next day lawan UM.. Mereka not bad at all..*of course la, wakil uni kan!* Dan aku kalah di kedua-dua game..agak sedih..tapi bila aku fikir-fikir balik…IT’S IT ABSOLUTELY OKAY..sebab this is my first time wakil-wakil macam ni…and on that first time pulak aku kena main guna ‘pimple’…mungkin belum rezeki aku lagi untuk menang..yela, aku berlatih pun sepuluh hari jeee…Allah tu Maha Adil..maybe pihak lawan aku tu berlatih dah 10 bulan..so, obviously they deserve it more. That is why, untuk next tournament aku berazam untuk tak nak kalah lagi!!! Aku nak berlatih guna pimple awal-awal sem lagi…=)
InsyaAllah..kalau tak menang pun, aku boleh berpuas hati dengan kekalahan aku..Cause I've done the best that i can.
To be continued…..

29 May 2012

Adab Melayu yang Semakin Layu 1#

 

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Orang memberi kita merasa,

Orang berbudi kita berbahasa.

Orang Melayu dulu-dulu, pantang menolak pemberian orang, walaupun pemberian itu tak perlu atau tak penting. Serasi dengan pepatah;

‘rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari’

Orang Melayu sekarang, hanya terima apa yang diminati atau disukai sahaja,walaupun pemberian itu disertai dengan keikhlasan dan rasa persaudaraan. Sebabnya? bila yang menerima pun merasakan yang memberi itu tidak ikhlas memberi. Bila dah tak nak sesuatu tu baru ingat nak memberi. Payah sekali kita nak memberi sesuatu yang kita suka dan sayang. Aku ingat lagi mak aku pesan,

‘Kita ni kalau nak bagi sesuatu, kenalah bagi benda yang terbaik dan yang kita sayang…kalau pemberian tu benda yang kita sendiri tak nak..maka apakah nilainya??’

Dan mak akan ceritakan kisah Qabil dan Habil untuk kesekian kalinya dan aku tak serik-serik mendengarnya.

Masih ingatkah lagi kita akan kisah Qabil dan Habil? Pemberian siapakah yang diterima Allah? Qabil memberi gandum yang buruk dan rosak yang sudah tidak diingininya tetapi Habil memberi kambing ternakan terbaik yang dicintainya..dan pemberian Habil lah yang diterima Allah.

*Adab Melayu itu tunjangnya akhlak Islami..

~kita selalu ingat nak junjung ADAT tapi kita lupa nak jaga ADAB*

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

14 May 2012

Surat Buat Hati

Assalamualaikum hati..
Sesungguhnya kau kuat
Sesungguhnya kau hebat
Sesungguhnya kau punyai tekad

Duhai hati murni..
Jangan adukkan yang bejat
Jangan ada setitik kulat
Jangan sampai putihmu jadi hitam pekat

Kau bukan cari harta
Kau tak cari kaya dunia
Kau hanya mahu jiwa
~untuk terus hidup bahagia

Duhai hatiku sayang
Ingat janji kita ya
Ingat perjuangan kita
Demi Agama dan bumi tercinta..
Sekian, wassalam..
Yang ikhlas, pemilikmu…

10 May 2012

Iman Mutiara..

Assalamualaikum wbt..dan salam sejahtera. Kali ni aku nak meluahkan pendapat tentang IMAN. Dan bila bercakap soal iman, lagu yang paling sinonim adalah…………..Iman Mutiara by Raihan..jom usha lirik lagu ni..
Iman Mutiara
Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah……..
Best kan lagu ni..? Sejak kecik lagi aku dah sangat suka lagu ni. Dulu memang tak berapa nak faham lirik dia..tapi semakin aku membesar aku semakin faham cerita disebalik lirik lagu ni.. Menceritakan akan betapa berharganya nilai sebuah keimanan. ‘Iman tak dapat diwarisi’..yes, that’s a fact! Contoh nyata seperti yang Allah swt ceritakan didalam al-Quran tentang nabi Nuh a.s dimana walaupun Nuh a.s seorang nabi, dia tetap tidak dapat memujuk anaknya untuk beriman kepada Allah. Teringat kata-kata Ustazah kat sekolah dulu..ustazah cakap, antara nikmat terbesar yang Allah taala beri pada kita adalah…..Iman dan Islam…kita lahir je kat dunia ni tuptup dah jadi Islam. Alhamdulillah.. bertuahnya kita.. Tak perlu susah payah mencari dan mengkaji dan memilih agama apa yang patut dianuti. Tapi disebalik itu, kita lagi beruntung jika kita beriman kepada Allah.. Cuba bayangkan betapa untungnya kita sebab kita ada keyakinan yang tinggi kepada Allah. Orang lain yang bukan lahir dalam keluarga muslim semestinya susah nak percaya akan zat Allah. Adakah korang ingat sejak bila korang beriman kepada Allah? Mungkin sejak korang sangat kecil sehinggakan korang tak ingat punya……….untungkan kita??
So, bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat ni. Peliharalah sebaik mungkin.. Sebenarnya, aku tergerak nak tulis entri ni sebab sejak akhir-akhir ni macam ramai je insan-insan yang asyik bercakap akan kelebihan dan nikmat yang orang lain dapat tetapi tak sedar yang sebenrnya dialah yang beruntung…
Itu saje yang saye nak luahkan..=)
Sekian, wassalam…