30 April 2014

Kenapa Saya Tolak GST??

Saya menolak GST kerana ia adalah cukai yang zalim yang bercanggah dengan Islam kerana beberapa sebab:

1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan.

2. Cukai atas perbelanjaan akan kena kepada semua golongan kaya atau miskin sedangkn cukai sepatutnya hanya pada golongan berada yang berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta

3. Cukai GST bersifat sumber tetap bagi kerajaan sedangkan cukai dalam Islam sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan negara yang terdesak. Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan.

4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dgn kadar hutang melebihi RM 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara. Ia bercanggah dgn prinsip cukai dlm Islam yg menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kpd rakyat di saat berlaku pembaziran kewangan negara.

5. Kadar cukai Gst sebanyak 6% atas perbelanjaan bercanggah dgn prinsip cukai Islam yg sepatutnya tidak melebihi 2.5 %. Kadar zakat yg wajib pun maksimanya 2.5% atas pendapatan orang yg berkemampuan atau perniagaan atau simpanan. Inikan pula cukai yg sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5%.