29 May 2012

Adab Melayu yang Semakin Layu 1#

 

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Orang memberi kita merasa,

Orang berbudi kita berbahasa.

Orang Melayu dulu-dulu, pantang menolak pemberian orang, walaupun pemberian itu tak perlu atau tak penting. Serasi dengan pepatah;

‘rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari’

Orang Melayu sekarang, hanya terima apa yang diminati atau disukai sahaja,walaupun pemberian itu disertai dengan keikhlasan dan rasa persaudaraan. Sebabnya? bila yang menerima pun merasakan yang memberi itu tidak ikhlas memberi. Bila dah tak nak sesuatu tu baru ingat nak memberi. Payah sekali kita nak memberi sesuatu yang kita suka dan sayang. Aku ingat lagi mak aku pesan,

‘Kita ni kalau nak bagi sesuatu, kenalah bagi benda yang terbaik dan yang kita sayang…kalau pemberian tu benda yang kita sendiri tak nak..maka apakah nilainya??’

Dan mak akan ceritakan kisah Qabil dan Habil untuk kesekian kalinya dan aku tak serik-serik mendengarnya.

Masih ingatkah lagi kita akan kisah Qabil dan Habil? Pemberian siapakah yang diterima Allah? Qabil memberi gandum yang buruk dan rosak yang sudah tidak diingininya tetapi Habil memberi kambing ternakan terbaik yang dicintainya..dan pemberian Habil lah yang diterima Allah.

*Adab Melayu itu tunjangnya akhlak Islami..

~kita selalu ingat nak junjung ADAT tapi kita lupa nak jaga ADAB*

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Sila komen dengan berhemah. Terima Kasih. =)