29 May 2012

Adab Melayu yang Semakin Layu 1#

 

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Orang memberi kita merasa,

Orang berbudi kita berbahasa.

Orang Melayu dulu-dulu, pantang menolak pemberian orang, walaupun pemberian itu tak perlu atau tak penting. Serasi dengan pepatah;

‘rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari’

Orang Melayu sekarang, hanya terima apa yang diminati atau disukai sahaja,walaupun pemberian itu disertai dengan keikhlasan dan rasa persaudaraan. Sebabnya? bila yang menerima pun merasakan yang memberi itu tidak ikhlas memberi. Bila dah tak nak sesuatu tu baru ingat nak memberi. Payah sekali kita nak memberi sesuatu yang kita suka dan sayang. Aku ingat lagi mak aku pesan,

‘Kita ni kalau nak bagi sesuatu, kenalah bagi benda yang terbaik dan yang kita sayang…kalau pemberian tu benda yang kita sendiri tak nak..maka apakah nilainya??’

Dan mak akan ceritakan kisah Qabil dan Habil untuk kesekian kalinya dan aku tak serik-serik mendengarnya.

Masih ingatkah lagi kita akan kisah Qabil dan Habil? Pemberian siapakah yang diterima Allah? Qabil memberi gandum yang buruk dan rosak yang sudah tidak diingininya tetapi Habil memberi kambing ternakan terbaik yang dicintainya..dan pemberian Habil lah yang diterima Allah.

*Adab Melayu itu tunjangnya akhlak Islami..

~kita selalu ingat nak junjung ADAT tapi kita lupa nak jaga ADAB*

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

14 May 2012

Surat Buat Hati

Assalamualaikum hati..
Sesungguhnya kau kuat
Sesungguhnya kau hebat
Sesungguhnya kau punyai tekad

Duhai hati murni..
Jangan adukkan yang bejat
Jangan ada setitik kulat
Jangan sampai putihmu jadi hitam pekat

Kau bukan cari harta
Kau tak cari kaya dunia
Kau hanya mahu jiwa
~untuk terus hidup bahagia

Duhai hatiku sayang
Ingat janji kita ya
Ingat perjuangan kita
Demi Agama dan bumi tercinta..
Sekian, wassalam..
Yang ikhlas, pemilikmu…

10 May 2012

Iman Mutiara..

Assalamualaikum wbt..dan salam sejahtera. Kali ni aku nak meluahkan pendapat tentang IMAN. Dan bila bercakap soal iman, lagu yang paling sinonim adalah…………..Iman Mutiara by Raihan..jom usha lirik lagu ni..
Iman Mutiara
Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah……..
Best kan lagu ni..? Sejak kecik lagi aku dah sangat suka lagu ni. Dulu memang tak berapa nak faham lirik dia..tapi semakin aku membesar aku semakin faham cerita disebalik lirik lagu ni.. Menceritakan akan betapa berharganya nilai sebuah keimanan. ‘Iman tak dapat diwarisi’..yes, that’s a fact! Contoh nyata seperti yang Allah swt ceritakan didalam al-Quran tentang nabi Nuh a.s dimana walaupun Nuh a.s seorang nabi, dia tetap tidak dapat memujuk anaknya untuk beriman kepada Allah. Teringat kata-kata Ustazah kat sekolah dulu..ustazah cakap, antara nikmat terbesar yang Allah taala beri pada kita adalah…..Iman dan Islam…kita lahir je kat dunia ni tuptup dah jadi Islam. Alhamdulillah.. bertuahnya kita.. Tak perlu susah payah mencari dan mengkaji dan memilih agama apa yang patut dianuti. Tapi disebalik itu, kita lagi beruntung jika kita beriman kepada Allah.. Cuba bayangkan betapa untungnya kita sebab kita ada keyakinan yang tinggi kepada Allah. Orang lain yang bukan lahir dalam keluarga muslim semestinya susah nak percaya akan zat Allah. Adakah korang ingat sejak bila korang beriman kepada Allah? Mungkin sejak korang sangat kecil sehinggakan korang tak ingat punya……….untungkan kita??
So, bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat ni. Peliharalah sebaik mungkin.. Sebenarnya, aku tergerak nak tulis entri ni sebab sejak akhir-akhir ni macam ramai je insan-insan yang asyik bercakap akan kelebihan dan nikmat yang orang lain dapat tetapi tak sedar yang sebenrnya dialah yang beruntung…
Itu saje yang saye nak luahkan..=)
Sekian, wassalam…