11 October 2011

20 Fakta Menarik Dunia

Hye kamu...=) 
1.Perkataan Jepun 'Karaoke' bermaksud 'Orkestra Kosong'.

2.Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be with you'.

3.Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat' yang bermaksud 'raja dah mati'.

4.'Enryo Shinaide' bermaksud 'Don't be shy'(in Japanese),'Gambatte' (gahm-baht-teh) bermaksud 'Go for it! or Try your best! - in Japanese).

5.Skim Piramid - bahawa lebih 90% dari peserta skim piramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka ".(malangnya ia tidak diistiharkan sebagai salah satu keajaiban dunia).

6.Piala Dunia Perancis 1998 a bahawa semasa Piala Dunia FIFA 1998, tuan rumah dan johan Perancis tidak pernah kalah atau seri?".

7.Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.

8.Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.

9.Pada gaun Permaisuri Perancis, Queen Marguerite De valois (1553 – 1615) telah dijahit 34 hiasan bentuk hati, melambangkan sejumlah 34 orang lelaki telah berjaya mencuri hatinya.

10.Arnold Schwarzenegger dibayar AS$21,500 bagi setiap perkataan yang dituturkannya dalam filem Terminator II.

11.Presiden ke-20 Amerika, James Garfield boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak dan dalam dua bahasa sekali gus.

12.Permainan snooker berasal dari negara India. Tetapi kini India lebih terkenal dengan Kriket!

13.Negara Perancis telah menghadiahkan patung kebebasan " Statue Of Liberty " kepada Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan dan kebebasan pada tahun 1884.

14.Lanca atau beca merupakan satu jenis alat pengangkutan yang sangat terkenal di Asia Tenggara dan Asia Timur dan dicipta oleh seorang rakyat Jepun yang berketurunan Samurai.

15.Pemilik syarikat rokok Marlboro adalah mangsa pertama mati akibat kanser paru-paru.

16.Norris Williams, seorang warga British yang terselamat ketika kapal Titanic tenggelam selepas melanggar bongkah ais di Lautan Atlantik pada 14 April 1912, telah menjadi juara acara beregu dalam pertandingan tennis Wimbledon pada tahun 1920.

17.Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun yang lalu,menjadikannya bendera paling lama digunakan di dunia.

18.Manajer kilang milik Andrew Carnegie, Charles Schwab adalah orang pertama di Amerika yang di gaji satu juta dolar AS per tahun.

19.Kolonel Harald Sanders memanfaatkan rahsia resepi ayam goreng miliknya dan mendirikan Kentucky Fried Chicken pada usia 66 tahun.

20.Nelson Mandela adalah seorang tahanan politik terlama di dunia. Ia dipenjarakan selama lebih dari seperempat abad. Akhirnya menjadi presiden Afrika Selatan pada usia 76 tahun! Meskipun berasal dari keluarga bangsawan, ia dilahirkan di desa miskin, menghuni rumah yang tidak ada bekalan air mahupun letrik.



Thats all for today..TQvM



07 October 2011

Aku Hanya Menurut Rentak Alam

Aku hanya menurut rentak alam
Embun pagi membangkitkan aroma kesegaran
Lambaian si daun mencuit semangat
Cili padi pula semakin bergugus
Memaksa daun untuk tunduk
-ikut resmi padi yang makin tunduk bila berisi

Aku hanya menurut rentak alam
Aroma kesegaran yang membangkitkan keinginan
Semangat si daun yang menghidupkan kekuatan
Dan gugusan si hijau yang membuatku bertahan

Aku hanya menurut rentak alam
Meski waktu berlalu
Dan limpahan cahaya mentari
Tak mampu melunturkan semangat
Meski sinarnya membakar,
Yang terbakar hanyalah semangat itu

Demi merintis jaluran kejayaan
Demi meranduk dugaan yang makin deras
Aku tak mahu lemas,
Kugagahkan kaki yang mengayuh
Kerna jika terhenti aku kan jatuh..

Dan aku hanya menurut rentak alam
Sang mentari yang malu denganku kian gelincir
Pada waktu untukku menghadap
Sang Pencipta, Penguasa Alam.
Si hijau yang memenuhi ragaku
turut memenuhi jiwaku dengan senyuman.

Terima kasih wahai alam
-aku hanya menurut rentakmu.


Jom ushar kebun aku jap..!! =)


      
On the Way nak masuk..berliku gak..susah wo..lbh2 lagi kalau naik motor time hujan...aku dah byk kali gak jatuh..(hari2 kot!)
       
Kebun cili..dia ade banyak panggar..hasil dy? Alhamdulillah..tp bukan senang nk berkebun..kne cukup ilmu & usaha..yang penting Istiqamah dan xputus asa...ramai je orang yang berkebun tanam cili ni tapi separuh jalan je..sbab tnam cili ni penyakit dy susa nk ubat..orang kalau dgr kbun cili padi je mesti cakap: ''susah tanam cili ni..kerinting...rosak semua..rugi.."bla..bla..bla..tapi aku tgk bapak aku kool je..dy cakap cara tu mesti betul..kita yang urus dy..bukan dy urus kita...(mak aku pun suka bebel nasihat benda yang sama).
lewat petang...



Semak dan samun...dah nama pun kebun..tak larat kot bapak aku nk bersihkan semak dan samun sorang2...tapi yang buat aku terkilan sangat-sangat ialah ada yang cakap ada budak-budak (couple) jahat+nakal+bodo+lembap yang buat bnda tak senonoh dlm kebun aku...mereka engat kebunaku sarang maksiat ape?? tempat aku cari rezeki halal...sedih..nk aje aku suh bapak aku pasang cctv or letak sekor-dua Bulldog buat temankan dowang...

pemandangan senja di kebun aku.



bunga ape ntah..senja-senja lpas maghrib aku tgk lawa gak bunga ni..de byk kt kebun aku...nak? dtg ar kebun..
*masa cuti lama lepas matrik..smentara tuggu nak smbung belajar, aku kerja kebun...masa tgh sibuk memetik hasil (cili padi) otak tak boleh henti pikir macam2..mungkin kesan drpd dah lama tak 'bercakap' dgn member2..sebab lama tak jumpa dek kesibukan aku mengejar harta yang terlampau..masa tu lagi byk bercakap dgn alam...pokok-pokok...lotong..anjing..kumbang..nyamuk..burung but-but(taktau nama betul burung tu tapi bunyik burung tu BOOT..BOOT...)..muka aku jadi hitam+berkilat dan belak2...apa2pun, aku rasa dorang paham ckp aku....


02 October 2011

Puisi Sayembara Merdeka.

RINTIHAN IBU PERTIWI

Ibu Pertiwi merintih lagi.
Anak Merdeka berbondong-bondong
mengejar hedonisme.

Alam jadi saksi
Hutan Batu memang tak mengerti
-kerana mereka produk pascamerdeka ;
Lahiriahnya,
tak pernah merasa,
tak pernah merintih,
tak pernah menangis,
tak pernah dihenyak penjajah.

Ibu Pertiwi merintih lagi.              
Anak Merdeka berbondong-bondong
mencari harta dunia.

Alam yang pernah jadi saksi mula sangsi
berapa lama lagi Ibu Pertiwi mampu berdiri?
Hutan Batu akan jadi tak bererti
-kerana mereka bangsa penjajah ;
Lahiriahnya,
berajakan hiburan,
bertunjangkan globalisasi,
Agama dan Integriti tiada nilai lagi.

Ibu Pertiwi merintih lagi.
Alam yang pernah jadi saksi bisa mengerti,
skrip sama pasti berulang lagi,
bilamana teraju negara mula raghib,
bilamana anak bangsa kian terkelip.

Duhai Anak Bangsa,
Hentikan tangisan Ibu.
Kita tak harus terus cendera,
terkelap mata hilang lading perinya.
Seteru kini punya maujud berbeza,
jeratnya halus berkelindan sutera.

Kerna Alam yang pernah jadi saksi
tak mampu bersuara.
Dan Hutan Batu makin melenyapkan alam,
beserta lenyapnya jatidiri bangsa.