Showing posts with label saya syg Islam. Show all posts
Showing posts with label saya syg Islam. Show all posts

23 October 2013

Kehilangan

Assalamualaikum, salam sejahtera. Semoga semua sihat.
 

Bayangkan.. segala hasil mahsul yang anda kumpul selama dua tahun 'hilang' sekelip mata. Apakah perasaan anda??
 

Alkisah, aku meng'format' laptop dan tersilap format... sehingga segala 'harta' yang tersimpan didalamnya turut hilang dan pergi selamanya.. *sobsob T_T

Disuatu sudut, perasaan ini sedih dan terkilan.. 
-hati memberontak ingin menjerit mengamuk.
Disuatu sudut, aku tersedar.. Allah sedang mengujiku.

Dia uji adakah aku yakin bahawa Dia yang memiliki segalanya..
Dia ingatkan aku, segala yang aku ada sekarang bukan milikku, tapi milikNya, kekal milikNya.
Dia sedarkan aku, segala yang aku ada sekarang hanya pinjaman.

Aku hanya peminjam, penjaga amanahNya.
Sungguh, aku sering lupa.

Syukur diri ini tak lekang dari ujianNya.
Sungguh, Allah menguji hambaNya kerana ingin hambaNya dekat denganNya.

" Di kurnia bahagia bukan bererti selamanya.
Di kurnia duka bukan bererti berakhir segalanya.
Siap sedialah duhai insan
- kerana hidup ini tidak
menjanjikan apa yang kau inginkan;
tetapi mmberi apa yang kau perlukan."  *quoted.





Sungguh, Allah Maha Besar, Maha hebat - pemilik segalanya.

10 June 2013

Understanding


"People can try to imagine your hardship
People can continue to judge your feeling
People can think that they know your situation
People can think that they understand your problem
People can say that they really understand you.
But:
People can never able to imagine, judge, think,  neither understand you as much as yourself and Allah.
He the Most Merciful, Most Understanding."

08 November 2012

Aku Memang tak Cantik..

*Amaran awal: Orang yang rasa dirinya cantik tak digalakkan baca entri ni.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Daripada tajuk entri ni mesti macam-macam yang korang pikirkan kan? Ya, tajuk ni memang kedengaran negatif. Tapi memang itulah kebenarannya. Aku memang tak cantik.. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, tinggi 150cm je, kulit gelap…haha..banyak lagi la…Tapi yang penting, memang aku ni tak cantik. Cantik yang aku maksudkan disini adalah cantik menarik tertarik ‘da bomb’ yang boleh memikat sesiapa sahaja yang melihat. Aku biasa-biasa je.
Tapi, aku bersyukur sangat dengan fisikaliti yang Allah berikan kepada aku sekarang. Kerana apa? Sebenarnya, tak cantik ni pun ada jugak kelebihannya yang BEST..
  • Bila tak cantik, kita akan lebih selesa nak bersosial.
Bersosial yang aku maksudkan disini adalah menjalani kehidupan bermasyarakat. Orang yang cantik akan sentiasa jadi tumpuan dan akan diperhatikan. Rasanya, kalau kita diperhatikan.. kita akan rasa rimas dan tak selesa. Lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali. Menjadi tumpuan mata-mata liar bukan muhrim memang menyeksakan…huhu. Tak taulah kalau awak-awak tak rasa macam tu. Awak-awak yang perempuan-perempuan ni patut rasa macam tu tau. Dalam laman sosial(Facebook, twitter etc) pun sama. Orang yang cantik dan letak gambar-gambar dia yang cantik terpaksa private itu dan ini, block orang itu dan orang ini. Leceh… asyik diganggu ‘peminat-peminat’. Bila dah ramai lelaki yang ‘hot’ approach, mulalah rambang mata (haha).. Pastu macam-macam drama yang jadi.. Tak percaya? perhatikan kawan korang yang cantik tu… Cer usha tengok dorang. Mesti dorang ada buat macam-macam untuk mengelak dari diganggu lelaki yang ‘tak hot’ dan minat kat diorang… paling-paling pun, diorang akan ‘appear offline’ on chat.
*kalau takde tu untungla..
  • Bila tak cantik, orang akan nilai kita secara telus.
Sudah menjadi lumrah, orang yang cantik akan mendapat penilaian yang berbeza berbanding yang tak cantik. Sebagai contoh, si Ani dan si Dila. Ani=cantik, Dila=tak cantik. Mereka kawan baik. Dua-dua jahat(nakal). So sekarang ni, Ani dan Dila ni lebih kurang sama je..bezanya Ani cantik dan Dila tak cantik. Agak-agakla kan, apa penilaian orang terhadap mereka?
Senario biasa:
Ani akan kelihatan lebih jahat berbanding Dila. Orang akan cakap, “tengoklah Ani tu, harap muka je cantik..tapi perangai buruk”. Tapi bagi Dila yang tak cantik ni (biasa-biasa je), “teruklah perangai si Dila tu”…..
ada beza tak??
Situasi kedua, bilamana Ani & Dila ni dua-dua sama baik…Orang akan cakap.. “Suka betul aku dengan Ani ni.. dahlah cantik, baik pulak tu”… Tapi bagi Dila.. “Dila ni baik orangnya..” …
nampak tak bezanya??
Ani dan Dila dua-dua sama. Tapi disebabkan Ani ni cantik, dia kurang mendapat keadilan yang sebenar. Penilaian terhadap Ani bersifat ‘special’. Dalam kata lain, tak telus. Adil memang adil..tapi tak telus.
Jadi, jika kita jadi Dila, kita sebenarnya beruntung.. Sebab kita dilayan dengan adil. Hehehe..
  • Kita dikenali bukan kerana rupa.
Dikenali bukan kerana rupa paras, tapi kerana budi pekerti, kerajinan, pencapaian, dsb.. =)
  • Dicintai oleh orang yang benar-benar cintakan ‘diri’ kita
Orang mudah jatuh cinta dengan kecantikan. Lelaki akan ‘pandang’ perempuan cantik je..(normal okay). Selalunya, perempuan yang tak cantik akan berusaha untuk jadi cantik. Semata-mata nak ‘dipandang’. Tapi sebenarnya tak berbaloi pun.. Sebab apa guna kita disukai kerana rupa kita? Kecantikan takkan kekal *ayat klise. Bagi aku, yang paling penting bukan kecantikan, tapi agama, fikrah dan pembawaan. ketiga-tiga aspek ni perlu serasi dan seiring..
Contoh, Ahmad ni jatuh cinta pandang pertama dengan Ani yang cantik menarik tertarik ‘da bomb’. Disebabkan Ahmad ni pun “hotsetap”, so dua-dua A ni pun bercinta lah konon-kononnya. Tapi, setelah bercinta dalam sebulan.. Ahmad mendapati bahawa Ani ni sangat menjengkelkan dia.. sikap Ani kebanyakannya bercanggah dengan yang diharapkan Ahmad. In the end, dorang putus cinta.
Jadi, bagi awak-awak yang tak cantik tu dan ada yang sukakan anda, anda adalah 100X lebih bertuah berbanding Ani kerana anda tak perlukan rupa yang cantik untuk dicintai dan disukai. Sebab kecantikan dalaman (hati) tu yang paling penting.

>>>Kesimpulannya, setiap yang Allah jadikan itu ada hikmah dan kelebihannya. Cantik itu bagus, tak cantik pun bagus. Kedua-duanya merupakan ujian dari Allah. Yang penting, cara kita ‘menjawab’ ujian tersebut. Tiada apa yang perlu dimalukan kalau rupa tak cantik, Tapi kalau akhlak  dan hati tak cantik?? Tanya hati, refleksi diri…
Sekian, wassalam.. =)

29 May 2012

Adab Melayu yang Semakin Layu 1#

 

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Orang memberi kita merasa,

Orang berbudi kita berbahasa.

Orang Melayu dulu-dulu, pantang menolak pemberian orang, walaupun pemberian itu tak perlu atau tak penting. Serasi dengan pepatah;

‘rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari’

Orang Melayu sekarang, hanya terima apa yang diminati atau disukai sahaja,walaupun pemberian itu disertai dengan keikhlasan dan rasa persaudaraan. Sebabnya? bila yang menerima pun merasakan yang memberi itu tidak ikhlas memberi. Bila dah tak nak sesuatu tu baru ingat nak memberi. Payah sekali kita nak memberi sesuatu yang kita suka dan sayang. Aku ingat lagi mak aku pesan,

‘Kita ni kalau nak bagi sesuatu, kenalah bagi benda yang terbaik dan yang kita sayang…kalau pemberian tu benda yang kita sendiri tak nak..maka apakah nilainya??’

Dan mak akan ceritakan kisah Qabil dan Habil untuk kesekian kalinya dan aku tak serik-serik mendengarnya.

Masih ingatkah lagi kita akan kisah Qabil dan Habil? Pemberian siapakah yang diterima Allah? Qabil memberi gandum yang buruk dan rosak yang sudah tidak diingininya tetapi Habil memberi kambing ternakan terbaik yang dicintainya..dan pemberian Habil lah yang diterima Allah.

*Adab Melayu itu tunjangnya akhlak Islami..

~kita selalu ingat nak junjung ADAT tapi kita lupa nak jaga ADAB*

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

14 May 2012

Surat Buat Hati

Assalamualaikum hati..
Sesungguhnya kau kuat
Sesungguhnya kau hebat
Sesungguhnya kau punyai tekad

Duhai hati murni..
Jangan adukkan yang bejat
Jangan ada setitik kulat
Jangan sampai putihmu jadi hitam pekat

Kau bukan cari harta
Kau tak cari kaya dunia
Kau hanya mahu jiwa
~untuk terus hidup bahagia

Duhai hatiku sayang
Ingat janji kita ya
Ingat perjuangan kita
Demi Agama dan bumi tercinta..
Sekian, wassalam..
Yang ikhlas, pemilikmu…

10 May 2012

Iman Mutiara..

Assalamualaikum wbt..dan salam sejahtera. Kali ni aku nak meluahkan pendapat tentang IMAN. Dan bila bercakap soal iman, lagu yang paling sinonim adalah…………..Iman Mutiara by Raihan..jom usha lirik lagu ni..
Iman Mutiara
Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah……..
Best kan lagu ni..? Sejak kecik lagi aku dah sangat suka lagu ni. Dulu memang tak berapa nak faham lirik dia..tapi semakin aku membesar aku semakin faham cerita disebalik lirik lagu ni.. Menceritakan akan betapa berharganya nilai sebuah keimanan. ‘Iman tak dapat diwarisi’..yes, that’s a fact! Contoh nyata seperti yang Allah swt ceritakan didalam al-Quran tentang nabi Nuh a.s dimana walaupun Nuh a.s seorang nabi, dia tetap tidak dapat memujuk anaknya untuk beriman kepada Allah. Teringat kata-kata Ustazah kat sekolah dulu..ustazah cakap, antara nikmat terbesar yang Allah taala beri pada kita adalah…..Iman dan Islam…kita lahir je kat dunia ni tuptup dah jadi Islam. Alhamdulillah.. bertuahnya kita.. Tak perlu susah payah mencari dan mengkaji dan memilih agama apa yang patut dianuti. Tapi disebalik itu, kita lagi beruntung jika kita beriman kepada Allah.. Cuba bayangkan betapa untungnya kita sebab kita ada keyakinan yang tinggi kepada Allah. Orang lain yang bukan lahir dalam keluarga muslim semestinya susah nak percaya akan zat Allah. Adakah korang ingat sejak bila korang beriman kepada Allah? Mungkin sejak korang sangat kecil sehinggakan korang tak ingat punya……….untungkan kita??
So, bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat ni. Peliharalah sebaik mungkin.. Sebenarnya, aku tergerak nak tulis entri ni sebab sejak akhir-akhir ni macam ramai je insan-insan yang asyik bercakap akan kelebihan dan nikmat yang orang lain dapat tetapi tak sedar yang sebenrnya dialah yang beruntung…
Itu saje yang saye nak luahkan..=)
Sekian, wassalam…

07 October 2011

Aku Hanya Menurut Rentak Alam

Aku hanya menurut rentak alam
Embun pagi membangkitkan aroma kesegaran
Lambaian si daun mencuit semangat
Cili padi pula semakin bergugus
Memaksa daun untuk tunduk
-ikut resmi padi yang makin tunduk bila berisi

Aku hanya menurut rentak alam
Aroma kesegaran yang membangkitkan keinginan
Semangat si daun yang menghidupkan kekuatan
Dan gugusan si hijau yang membuatku bertahan

Aku hanya menurut rentak alam
Meski waktu berlalu
Dan limpahan cahaya mentari
Tak mampu melunturkan semangat
Meski sinarnya membakar,
Yang terbakar hanyalah semangat itu

Demi merintis jaluran kejayaan
Demi meranduk dugaan yang makin deras
Aku tak mahu lemas,
Kugagahkan kaki yang mengayuh
Kerna jika terhenti aku kan jatuh..

Dan aku hanya menurut rentak alam
Sang mentari yang malu denganku kian gelincir
Pada waktu untukku menghadap
Sang Pencipta, Penguasa Alam.
Si hijau yang memenuhi ragaku
turut memenuhi jiwaku dengan senyuman.

Terima kasih wahai alam
-aku hanya menurut rentakmu.


Jom ushar kebun aku jap..!! =)


      
On the Way nak masuk..berliku gak..susah wo..lbh2 lagi kalau naik motor time hujan...aku dah byk kali gak jatuh..(hari2 kot!)
       
Kebun cili..dia ade banyak panggar..hasil dy? Alhamdulillah..tp bukan senang nk berkebun..kne cukup ilmu & usaha..yang penting Istiqamah dan xputus asa...ramai je orang yang berkebun tanam cili ni tapi separuh jalan je..sbab tnam cili ni penyakit dy susa nk ubat..orang kalau dgr kbun cili padi je mesti cakap: ''susah tanam cili ni..kerinting...rosak semua..rugi.."bla..bla..bla..tapi aku tgk bapak aku kool je..dy cakap cara tu mesti betul..kita yang urus dy..bukan dy urus kita...(mak aku pun suka bebel nasihat benda yang sama).
lewat petang...



Semak dan samun...dah nama pun kebun..tak larat kot bapak aku nk bersihkan semak dan samun sorang2...tapi yang buat aku terkilan sangat-sangat ialah ada yang cakap ada budak-budak (couple) jahat+nakal+bodo+lembap yang buat bnda tak senonoh dlm kebun aku...mereka engat kebunaku sarang maksiat ape?? tempat aku cari rezeki halal...sedih..nk aje aku suh bapak aku pasang cctv or letak sekor-dua Bulldog buat temankan dowang...

pemandangan senja di kebun aku.



bunga ape ntah..senja-senja lpas maghrib aku tgk lawa gak bunga ni..de byk kt kebun aku...nak? dtg ar kebun..
*masa cuti lama lepas matrik..smentara tuggu nak smbung belajar, aku kerja kebun...masa tgh sibuk memetik hasil (cili padi) otak tak boleh henti pikir macam2..mungkin kesan drpd dah lama tak 'bercakap' dgn member2..sebab lama tak jumpa dek kesibukan aku mengejar harta yang terlampau..masa tu lagi byk bercakap dgn alam...pokok-pokok...lotong..anjing..kumbang..nyamuk..burung but-but(taktau nama betul burung tu tapi bunyik burung tu BOOT..BOOT...)..muka aku jadi hitam+berkilat dan belak2...apa2pun, aku rasa dorang paham ckp aku....


02 October 2011

Puisi Sayembara Merdeka.

RINTIHAN IBU PERTIWI

Ibu Pertiwi merintih lagi.
Anak Merdeka berbondong-bondong
mengejar hedonisme.

Alam jadi saksi
Hutan Batu memang tak mengerti
-kerana mereka produk pascamerdeka ;
Lahiriahnya,
tak pernah merasa,
tak pernah merintih,
tak pernah menangis,
tak pernah dihenyak penjajah.

Ibu Pertiwi merintih lagi.              
Anak Merdeka berbondong-bondong
mencari harta dunia.

Alam yang pernah jadi saksi mula sangsi
berapa lama lagi Ibu Pertiwi mampu berdiri?
Hutan Batu akan jadi tak bererti
-kerana mereka bangsa penjajah ;
Lahiriahnya,
berajakan hiburan,
bertunjangkan globalisasi,
Agama dan Integriti tiada nilai lagi.

Ibu Pertiwi merintih lagi.
Alam yang pernah jadi saksi bisa mengerti,
skrip sama pasti berulang lagi,
bilamana teraju negara mula raghib,
bilamana anak bangsa kian terkelip.

Duhai Anak Bangsa,
Hentikan tangisan Ibu.
Kita tak harus terus cendera,
terkelap mata hilang lading perinya.
Seteru kini punya maujud berbeza,
jeratnya halus berkelindan sutera.

Kerna Alam yang pernah jadi saksi
tak mampu bersuara.
Dan Hutan Batu makin melenyapkan alam,
beserta lenyapnya jatidiri bangsa.

28 September 2011

COUPLE ITU HARAMMM!!


Setiap remaja sudah menjadi lumrah untuk mempunyai pasangan masing2..
Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau
seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa
perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM
Antaranya ialah.....
Marilah sama2 kita renungkan..
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita
seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk
berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti
tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,
bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti
ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke
peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu)
menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring"
seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di
dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,
perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini
adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan
bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila
Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau
tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut
diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada
yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah
ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga
adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita
muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si
lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan
bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan
dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau
setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah
dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku
perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat
pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.
Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya
berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan
seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan
maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan
kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di
luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak
menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)
atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki
yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan
kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya
khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka
beberapa kali dalam seminggu. Cuba
bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat
remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah
pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.
Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar
selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini
kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.
(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu
kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat
terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan
yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara
marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan
yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang
digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di
hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan
secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang
perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu
dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka
status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku
daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi..