Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

23 October 2013

Kehilangan

Assalamualaikum, salam sejahtera. Semoga semua sihat.
 

Bayangkan.. segala hasil mahsul yang anda kumpul selama dua tahun 'hilang' sekelip mata. Apakah perasaan anda??
 

Alkisah, aku meng'format' laptop dan tersilap format... sehingga segala 'harta' yang tersimpan didalamnya turut hilang dan pergi selamanya.. *sobsob T_T

Disuatu sudut, perasaan ini sedih dan terkilan.. 
-hati memberontak ingin menjerit mengamuk.
Disuatu sudut, aku tersedar.. Allah sedang mengujiku.

Dia uji adakah aku yakin bahawa Dia yang memiliki segalanya..
Dia ingatkan aku, segala yang aku ada sekarang bukan milikku, tapi milikNya, kekal milikNya.
Dia sedarkan aku, segala yang aku ada sekarang hanya pinjaman.

Aku hanya peminjam, penjaga amanahNya.
Sungguh, aku sering lupa.

Syukur diri ini tak lekang dari ujianNya.
Sungguh, Allah menguji hambaNya kerana ingin hambaNya dekat denganNya.

" Di kurnia bahagia bukan bererti selamanya.
Di kurnia duka bukan bererti berakhir segalanya.
Siap sedialah duhai insan
- kerana hidup ini tidak
menjanjikan apa yang kau inginkan;
tetapi mmberi apa yang kau perlukan."  *quoted.





Sungguh, Allah Maha Besar, Maha hebat - pemilik segalanya.

10 June 2013

Understanding


"People can try to imagine your hardship
People can continue to judge your feeling
People can think that they know your situation
People can think that they understand your problem
People can say that they really understand you.
But:
People can never able to imagine, judge, think,  neither understand you as much as yourself and Allah.
He the Most Merciful, Most Understanding."

29 May 2012

Adab Melayu yang Semakin Layu 1#

 

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Orang memberi kita merasa,

Orang berbudi kita berbahasa.

Orang Melayu dulu-dulu, pantang menolak pemberian orang, walaupun pemberian itu tak perlu atau tak penting. Serasi dengan pepatah;

‘rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari’

Orang Melayu sekarang, hanya terima apa yang diminati atau disukai sahaja,walaupun pemberian itu disertai dengan keikhlasan dan rasa persaudaraan. Sebabnya? bila yang menerima pun merasakan yang memberi itu tidak ikhlas memberi. Bila dah tak nak sesuatu tu baru ingat nak memberi. Payah sekali kita nak memberi sesuatu yang kita suka dan sayang. Aku ingat lagi mak aku pesan,

‘Kita ni kalau nak bagi sesuatu, kenalah bagi benda yang terbaik dan yang kita sayang…kalau pemberian tu benda yang kita sendiri tak nak..maka apakah nilainya??’

Dan mak akan ceritakan kisah Qabil dan Habil untuk kesekian kalinya dan aku tak serik-serik mendengarnya.

Masih ingatkah lagi kita akan kisah Qabil dan Habil? Pemberian siapakah yang diterima Allah? Qabil memberi gandum yang buruk dan rosak yang sudah tidak diingininya tetapi Habil memberi kambing ternakan terbaik yang dicintainya..dan pemberian Habil lah yang diterima Allah.

*Adab Melayu itu tunjangnya akhlak Islami..

~kita selalu ingat nak junjung ADAT tapi kita lupa nak jaga ADAB*

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

14 May 2012

Surat Buat Hati

Assalamualaikum hati..
Sesungguhnya kau kuat
Sesungguhnya kau hebat
Sesungguhnya kau punyai tekad

Duhai hati murni..
Jangan adukkan yang bejat
Jangan ada setitik kulat
Jangan sampai putihmu jadi hitam pekat

Kau bukan cari harta
Kau tak cari kaya dunia
Kau hanya mahu jiwa
~untuk terus hidup bahagia

Duhai hatiku sayang
Ingat janji kita ya
Ingat perjuangan kita
Demi Agama dan bumi tercinta..
Sekian, wassalam..
Yang ikhlas, pemilikmu…

24 December 2011

Sayembara Puisi Merdeka 54 UMP



-->
          Assalamualaikum...Hye korang semua!! Pertama sekali sekarang adalah musim peperiksaan akhir semester bagi pelajar-pelajar universiti-universiti. Dikesempatan ini aku nak ucapkan semoga berjaya dan selamat menempuh peperiksaan. Ingat, jangan belajar semata-mata untuk peperiksaan tau..tapi belajarlah untuk Allah dan Ilmu yang bermanfaat. Banyak ganjarannya kalau kita betulkan niat belajar kita dan yang paling penting.....SERIOUSLY kita takkan rasa belajar adalah satu tekanan malah seronok menimba ilmu..

        Sebenarnya, thats not my main point for today´s entry...hee..there´s another important thing happened!! Sekarang ni aku rasa sangat bersyukur dan Alhamdulillah sangat-sangat..kenapa?? Sebab aku telah mendapat tempat ketiga dalam SAYEMBARA PUISI MERDEKA 54 UMP. Pertama sekali, pertandingan ni diadakan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia tercinta bulan Ogos yang lepas...Aku daftar masuk UMP dalam bulan september dan tiba-tiba aku ternampak banner yang tersangat besar pasal Sayembara Puisi Merdeka..Lepas aku baca, reaksi pertama...wow! MENARIK.. Menarik sebab hadiah dia..puisi yang terpilih akan dikumpulkan dan diterbitkan dalam sebuah antologi.
Aku pun mulalah memerah otak untuk berkarya..cewahhh...ni lah SAJAKNYA

          Keputusan pertandingan ni baru keluar semalam. Tak dapat nombor satu pun... papepun aku gembira walau tak dapat nombor satu...hehe..Sebab aku tahu tahap aku.. Lagipun ni pertama kali aku masuk sayembara puisi macam ni..Keputusannya diumumkan dalam majlis yang sederhana tapi syahdu..hohoho...memang elemen kejutan penganjur sampai ke detik-detik terakhir.. Macamni, dia tak umumkan pemenang sekaligus tapi dia umumkan siapa dapat tempat kelima..dan orang tu kena deklamasikan sajak yang menang tu on the spot! kemudian tempat keempat lah kan..Spontan...aku memang dah nervous gila time tu..ditambah pulak dengan kesejukan hawa dingin dewan tu yang tahap peti sejuk dan dimeriahkan dengan hujan diluar dewan yang mencurah-curah...memang betul aku menggigil...selepas nama dipanggil, pemenang dipakaikan dengan kain sarung..ala-ala orang dulu-dulu...haha...part tu memang poyo..kain sarung tu dahla cam besar...aku dahla cam kecik....ended up aku bukan jadikan kain tu selendang tapi selempang!
          Poyo betullah moment tu!! aku rasa akward gila...paling kelakar (bagi aku la ea) masa kain tu nak dipakaikan..sebab yang bagi hadiah tu lelaki...dia cam kekok nak pakaikan kat aku and then dia suruh staff kat situ (perempuan) pakaikan...pastu kan........antara hadiah dia adalah replika cek yang BESAR macam kat dalam televisyen tu...haih...aku terus terfikir, bagaimanakah caranya aku membawa CEK ini ke asrama nanti?? Akhirnya, ada lah sorang kawan aku tu tolong bawakkan sebab aku kena tinggalkan majlis awal kerana ada urusan lain...dan kawan aku tu lelaki..jadi dia hanya meletakkan CEK gergasi itu dibawah blok asrama aku...dan sekarang CEK itu masih terdampar disitu....heheh..seganla nak angkat naik tingkat 4...

          Selain berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM800 aku juga mendapat hadiah-hadiah iringan iaitu buku Antologi Kemerdekaan yang Terhutang terbitan UMP dan sijil penghargaan...mungkin boleh dapatkan buku tu dipasaran..tak tawlah dah ade kt kedai belum...dan..aku dapat kain sarung tu!!! cantik...warna hijau...aku nak hadiahkan kat ayah aku...=) Hadiah wang RM800 tu aku nak buat apa? Aku akan gunakan duit tu untuk share my happiness to people that I love.....hee....and also to pamper myself (???) Dalam erti kata lain...mungkin boleh enjoy kotttt..heeee...taklah..aku nak beli barang-barang penting yang aku tak dapat nak beli selama ni sebab sayang duit...

Akhir kata, mungkin tahun depan aku akan masuk lagi...=) Sekarang ni rasa macam lebih bersemangat pulak nak berkarya...
sekian, wassalam....

07 October 2011

Aku Hanya Menurut Rentak Alam

Aku hanya menurut rentak alam
Embun pagi membangkitkan aroma kesegaran
Lambaian si daun mencuit semangat
Cili padi pula semakin bergugus
Memaksa daun untuk tunduk
-ikut resmi padi yang makin tunduk bila berisi

Aku hanya menurut rentak alam
Aroma kesegaran yang membangkitkan keinginan
Semangat si daun yang menghidupkan kekuatan
Dan gugusan si hijau yang membuatku bertahan

Aku hanya menurut rentak alam
Meski waktu berlalu
Dan limpahan cahaya mentari
Tak mampu melunturkan semangat
Meski sinarnya membakar,
Yang terbakar hanyalah semangat itu

Demi merintis jaluran kejayaan
Demi meranduk dugaan yang makin deras
Aku tak mahu lemas,
Kugagahkan kaki yang mengayuh
Kerna jika terhenti aku kan jatuh..

Dan aku hanya menurut rentak alam
Sang mentari yang malu denganku kian gelincir
Pada waktu untukku menghadap
Sang Pencipta, Penguasa Alam.
Si hijau yang memenuhi ragaku
turut memenuhi jiwaku dengan senyuman.

Terima kasih wahai alam
-aku hanya menurut rentakmu.


Jom ushar kebun aku jap..!! =)


      
On the Way nak masuk..berliku gak..susah wo..lbh2 lagi kalau naik motor time hujan...aku dah byk kali gak jatuh..(hari2 kot!)
       
Kebun cili..dia ade banyak panggar..hasil dy? Alhamdulillah..tp bukan senang nk berkebun..kne cukup ilmu & usaha..yang penting Istiqamah dan xputus asa...ramai je orang yang berkebun tanam cili ni tapi separuh jalan je..sbab tnam cili ni penyakit dy susa nk ubat..orang kalau dgr kbun cili padi je mesti cakap: ''susah tanam cili ni..kerinting...rosak semua..rugi.."bla..bla..bla..tapi aku tgk bapak aku kool je..dy cakap cara tu mesti betul..kita yang urus dy..bukan dy urus kita...(mak aku pun suka bebel nasihat benda yang sama).
lewat petang...



Semak dan samun...dah nama pun kebun..tak larat kot bapak aku nk bersihkan semak dan samun sorang2...tapi yang buat aku terkilan sangat-sangat ialah ada yang cakap ada budak-budak (couple) jahat+nakal+bodo+lembap yang buat bnda tak senonoh dlm kebun aku...mereka engat kebunaku sarang maksiat ape?? tempat aku cari rezeki halal...sedih..nk aje aku suh bapak aku pasang cctv or letak sekor-dua Bulldog buat temankan dowang...

pemandangan senja di kebun aku.



bunga ape ntah..senja-senja lpas maghrib aku tgk lawa gak bunga ni..de byk kt kebun aku...nak? dtg ar kebun..
*masa cuti lama lepas matrik..smentara tuggu nak smbung belajar, aku kerja kebun...masa tgh sibuk memetik hasil (cili padi) otak tak boleh henti pikir macam2..mungkin kesan drpd dah lama tak 'bercakap' dgn member2..sebab lama tak jumpa dek kesibukan aku mengejar harta yang terlampau..masa tu lagi byk bercakap dgn alam...pokok-pokok...lotong..anjing..kumbang..nyamuk..burung but-but(taktau nama betul burung tu tapi bunyik burung tu BOOT..BOOT...)..muka aku jadi hitam+berkilat dan belak2...apa2pun, aku rasa dorang paham ckp aku....


02 October 2011

Puisi Sayembara Merdeka.

RINTIHAN IBU PERTIWI

Ibu Pertiwi merintih lagi.
Anak Merdeka berbondong-bondong
mengejar hedonisme.

Alam jadi saksi
Hutan Batu memang tak mengerti
-kerana mereka produk pascamerdeka ;
Lahiriahnya,
tak pernah merasa,
tak pernah merintih,
tak pernah menangis,
tak pernah dihenyak penjajah.

Ibu Pertiwi merintih lagi.              
Anak Merdeka berbondong-bondong
mencari harta dunia.

Alam yang pernah jadi saksi mula sangsi
berapa lama lagi Ibu Pertiwi mampu berdiri?
Hutan Batu akan jadi tak bererti
-kerana mereka bangsa penjajah ;
Lahiriahnya,
berajakan hiburan,
bertunjangkan globalisasi,
Agama dan Integriti tiada nilai lagi.

Ibu Pertiwi merintih lagi.
Alam yang pernah jadi saksi bisa mengerti,
skrip sama pasti berulang lagi,
bilamana teraju negara mula raghib,
bilamana anak bangsa kian terkelip.

Duhai Anak Bangsa,
Hentikan tangisan Ibu.
Kita tak harus terus cendera,
terkelap mata hilang lading perinya.
Seteru kini punya maujud berbeza,
jeratnya halus berkelindan sutera.

Kerna Alam yang pernah jadi saksi
tak mampu bersuara.
Dan Hutan Batu makin melenyapkan alam,
beserta lenyapnya jatidiri bangsa.